is just a date.
so what? yesterday is 10th, tomorrow is 12th. move on. heh heh.
i am thankful to Allah swt for giving me another day in this world..
tapi kawan kita nama dia fatimah diyana aka Tim sejak beberapa tahun lepas selalu kata dia nak kahwin 11.11.11
tapi sebab dia tak kahwin pun hari ni maka tak de lah spesel mana. heh heh..
tapi rupa-rupanya dengan semua orang kot dia cakap macam tu, sebab kat wall dia ramai ucap 'tahniah'
sekali betul kan, kuang ajor lah tak jemput aku eh?!
(kalau kau baca ni)
rindu lah kau tim dan zaman hostel.
di awal zaman hostel ku yang agak tegang dengan diri sendiri kerana mungkin anak muda mentah ini masih mencari identiti sendiri. chewah. konon-konon sebak.
bila mula-mula sebilik dengan kau dan zana dan yang lain, banyak membuat aku gembira, bergelak ketawa berdekah-dekah, main-main bising-bising, tak takut kakak senior or RS marah..
mungkin kau tak ingat tapi aku ingat kau pernah ketawa sampai air liur meleleh sampai ke paha, kau tetap memilih teruskan ketawa dan bukan menyapu air liur jernih itu, sebab logik lah, takkan kami pulak nak sapukan kan? hikhikk
kau suka main-main mencarut sampai kena halau keluar bilik dengan qorn. lepas tu kau masuk bilik semula, "eh qorn, ni bukan bilik aku ke, ko datang study sini je kan?" hahaha
dan banyak lagi lah aku ingat nanti aku tulis lagi eh, kalau rajin lah.
apesal tetiba mengimbas memori dan buat ayat novel melayu ni eh?
macam last semester time-time genting macam ni, menjelang peperiksaan ni, mula lah datang emosi macam ni.
tak kisah lah kalau keluar topik pun, tapi tadi kan kita tengok running man kat astro one.
kelakar nak mamfos lah awak!! kita memang recommend lah kat sesape yang tengah stress ataupun tengah happy.
kelakar yang kreatif. sendiri tengok lah baru faham.
dah lama tak gelak macam ni bila tengok cerita.
maksudnya memang bergelak bersungguh-sungguh sepanjang cerita tu.
dulu gelak gila-gila tengok spontan dengan kawan-kawan kat hostel.
pendapat kita mungkin bukan lah pendapat orang penting dalam industri seni, sebab kita belajar akaun kot. heh heh.
hurm, tapi boleh tak kalau nak comment sikit, selebriti malaysia silalah sentiasa humble & down to earth sama ada bila ada kamera atau tak. baru lah 'keikhlasan' yang ditunjuk tu nampak natural dan bukan hipokrit atau terpaksa.
tak semestinya bila masuk magazine, tv, or blog gosip dah jadi 'up' level dari orang bukan selebriti.
tak kisah lah berlawak, berlakon, mengacara or menyanyi ke.
kita bukan lah tak sokong buatan Malaysia, dan janganlah asyik salahkan peminat Malaysia pulak tak sokong, tapi kalau ada yang lebih bagus dan lebih menggembirakan, tak salah kan yang itu mendapat perhatian kita.
apesal tetiba concern pulak dengan industri seni tanah air ni?
entah lah saya pun tak faham.
faten! back to books. ada nombor yang lagi penting menanti.
Ya Allah, lindungilah aku, terangilah hati ini menerima ilmu-Mu, berilah kekuatan menghadapi paper '247' ini. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment