Showing posts with label hostel life. Show all posts
Showing posts with label hostel life. Show all posts

Friday, November 11, 2011

sebelasebelasebelas 11-11-11

is just a date. 
so what? yesterday is 10th, tomorrow is 12th. move on. heh heh.
i am thankful to Allah swt for giving me another day in this world..

tapi kawan kita nama dia fatimah diyana aka Tim sejak beberapa tahun lepas selalu kata dia nak kahwin 11.11.11
tapi sebab dia tak kahwin pun hari ni maka tak de lah spesel mana. heh heh..

tapi rupa-rupanya dengan semua orang kot dia cakap macam tu, sebab kat wall dia ramai ucap 'tahniah'
sekali betul kan, kuang ajor lah tak jemput aku eh?! 

(kalau kau baca ni)
rindu lah kau tim dan zaman hostel. 

di awal zaman hostel ku yang agak tegang dengan diri sendiri kerana mungkin anak muda mentah ini masih mencari identiti sendiri. chewah. konon-konon sebak.
bila mula-mula sebilik dengan kau dan zana dan yang lain, banyak membuat aku gembira, bergelak ketawa berdekah-dekah, main-main bising-bising, tak takut kakak senior or RS marah.. 
mungkin kau tak ingat tapi aku ingat kau pernah ketawa sampai air liur meleleh sampai ke paha, kau tetap memilih teruskan ketawa dan bukan menyapu air liur jernih itu, sebab logik lah, takkan kami pulak nak sapukan kan? hikhikk
kau suka main-main mencarut sampai kena halau keluar bilik dengan qorn. lepas tu kau masuk bilik semula, "eh qorn, ni bukan bilik aku ke, ko datang study sini je kan?" hahaha
dan banyak lagi lah aku ingat nanti aku tulis lagi eh, kalau rajin lah.

apesal tetiba mengimbas memori dan buat ayat novel melayu ni eh?
macam last semester time-time genting macam ni, menjelang peperiksaan ni, mula lah datang emosi macam ni. 



tak kisah lah kalau keluar topik pun, tapi tadi kan kita tengok running man kat astro one.
kelakar nak mamfos lah awak!! kita memang recommend lah kat sesape yang tengah stress ataupun tengah happy. 

kelakar yang kreatif. sendiri tengok lah baru faham.
dah lama tak gelak macam ni bila tengok cerita. 
maksudnya memang bergelak bersungguh-sungguh sepanjang cerita tu. 
dulu gelak gila-gila tengok spontan dengan kawan-kawan kat hostel. 
pendapat kita mungkin bukan lah pendapat orang penting dalam industri seni, sebab kita belajar akaun kot. heh heh.
hurm, tapi boleh tak kalau nak comment sikit, selebriti malaysia silalah sentiasa humble & down to earth sama ada bila ada kamera atau tak. baru lah 'keikhlasan' yang ditunjuk tu nampak natural dan bukan hipokrit atau terpaksa. 
tak semestinya bila masuk magazine, tv, or blog gosip dah jadi 'up' level dari orang bukan selebriti. 
tak kisah lah berlawak, berlakon, mengacara or menyanyi ke. 
kita bukan lah tak sokong buatan Malaysia, dan janganlah asyik salahkan peminat Malaysia pulak tak sokong, tapi kalau ada yang lebih bagus dan lebih menggembirakan, tak salah kan yang itu mendapat perhatian kita. 


apesal tetiba concern pulak dengan industri seni tanah air ni?
entah lah saya pun tak faham.
faten! back to books. ada nombor yang lagi penting menanti. 


Ya Allah, lindungilah aku, terangilah hati ini menerima ilmu-Mu, berilah kekuatan menghadapi paper '247' ini. Amin.

Wednesday, April 20, 2011

khalisyah alut, cis cicak, haunted house hunting, visiting big momma


Assalamualaikum, hai blog, lama tak jumpa..
kita tak abaikan awak, cuma tunggu seru dan the right mood je, jgn merajuk ye, kalau merajuk awak buat-buat lah hang or incorrect password. kita faham. chup! apa ngarut ni?!



khalisyah dan padang pasir..
khalisyah: yeay alut (laut bahasa pelat)
mama ajah(skrg dah tak mama shue, dia tukar sendiri, cet): bukan lah ni padang pasir, cuba sebut..
khalisyah: (dgn muka tegas tp nada mendatar, menggeleng) bukan, alut.
mama ajah: (aku pulak emo) iye lah! pa-dang pa-sir! 
khalisyah: (dgn muka tegas yg sama) bukan, alut.
mama ajah: ye lah suka hati lah 


cicak durjana cis bedebah kau..
hari tu kan dah lambat nak pergi kelas, kelam kabut keluar rumah.
bukak je langsir kat pintu, ade cicak terkejut melintas dpn kaki, saya pun terkejut terus terpijak dia, eewww!! i know. terasa lembik sejuk di kaki ni sehingga ke hari ini. 
sebab terkejut dia pun memutuskan ekor dia, tinggal lah ekor sahaja bergerak2, dia entah ke mana mungkin memerhatikan dari jauh ekor yg ditinggalkan. dalam pada nak cepat pergi kelas, sempat lagi tgk jap ekor tu gerak2, kagum! tak sempat nak sapu keluar, tinggal kan je, mungkin balik nanti masih bergerak2 lg, super eewww! 
sekutu cicak aka lizards, this is a warning. please stay away from my life, my house, and my family. i am serious. oh, please, please, please.
tak habis lg cerita, kelam kabut nak masuk kereta yang di parking di luar pagar rumah, bila nak tekan kunci, tengok kat tgn ade remote astro. aargh bila masa pulak aku amik ni. lepas tu remote astro pun ikut pergi kelas...


teringat haritu..
sewaktu perjalanan mencari rumah hantu kat area seksyen 2 shah alam. saya dan rakan2 mmg suka house hunting rumah cantik, tp kali ni hunting haunted house. dah pernah tgk dulu tapi tak jumpa pulak kali ni, sebab tak igt mana satu. nasib baik. takut woo walaupun siang. tapi kesian, bila rumah nampak mcm buruk sikit, kena tuduh rumah hantu oleh kami,hehe. 
bila lalu rumah cantik2 pulak mesti berangan,
faten : eh cantiknye rumah ni, nanti rumah faten mcm ni lah sebab tu kena kahwin dgn arkitek.
kawan : wah, nanti hari-hari kteorg datang rumah faten. 
faten: kenapa? rumah korang mcm mana pulak yang asyik nak datang rumah orang je?
wuahahaa..
tetiba teringat jugak, pergi masuk rumah contoh banglo dpn seksyen tu dgn kawan2. berangan, amik gambar, buat2 tanya berapa ringgit ye rumah ni. punya lah takde kerja. oh, rindu masa tu.



visiting big momma
(i dedicate this latest entry after so long, specially for u lela for 'asking' & 'requesting' me to update my blog. saya hargai sokongan dan permintaan peminat setia blog saya yg tak seberapa ni. wuahahaa, gila perasan mcm menang award...)
mcm kelakar plak gambar ni kat belakang tu ade signboard tulis 'awas caution jgn sentuh do not touch' lela mmg geli bila kteorg nak pegang perut dia, shikin pulak nampak lela terus nak terkam perut dia, bunyi mcm ganas pulak. 
mcm mane lah nnt bila nampak baby wmih dia..
oh, tak sabar pulak tgk baby dia nanti..
mcm tak percaya je kwn ku seorang ni dah nak jadi mak, baru2 ni dia jadi nenek kpd anak2 kucing cute dia yang baru lahir..
btw, sape nak tgk aksi hebat perut dia gerak2 boleh pergi blog dia, pada ku yg belum pernah mengandung ni rasa mcm, hebat woo, kagum kejap!

p/s: so happy for you lela, nak gambar please?hehehe..

Tuesday, November 30, 2010

masa, waktu & time genting mcm ni lah..

kan best kalau skrg kt genting kota keriangan..
bosan nye study sorg2 kt rumah, pastu byk nye godaan..
mmg time mcm ni pms xmenentu & mid-life crisis comes early..

rindu masa dah hujung sem masa kt hostel dulu..
p/s: gambar dlm hostel mmg byk tp almaklum lah kebanyakannya taksesuai utk dipaparkan di sini. hehe

- study,makan,gosip,gaduh,nangis,gelak,gelakkan org,tgk movie,tidur bersama2.auwww.haha
- bile sorg mcm bay ke dh kt meja study, slow2 semua pergi study. bile sorg dh bergerak ke katil mcm bay jugak ke, laju je semua pun pergi katil, teman bay, bwk buku tu sekali, konon2 la..
- lps bangun n mandi first thing buat air,milo,teh,kopi,susu,or susu kambing. shikin mmg duta kopi dr pelbagai brand. coffee is my drug!
- sesi mkn telur,bubur,roti,maggi secara berkumpulan, ketua kumpulannye fareha la, pukul 3pm juga 3am
- setiap sesi makan mmg sesi muhibbah, diikuti segerombolan ke sesi basuh pinggan , tukang cuci 2-3org je, mandur je ramai..hehe
- keluar dari toilet, lari sambil berkemban, ni semua org, takut monyet kejar. ada juga yg kejar monyet mcm syaz sbb curik baju kt ampaian. takde takut, amarah punya pasal!
- bile otak tepu jln2 melawat ke bilik org lain, esp YB zana n qila melawat 'banglo 3pintu'..(skrg kt rumah takkan nk g jln rumah cina depan yg ade anjing ni kan?)
- beriadah ptg2,haha,mcm aktif je bunyi, skipping dpn bilik n atas bumbung, ni kakpah n capiq kan. badminton, jogging,swimming n shopping kt pasar mlm (ni plg best,haha)..
- tgk countdown exam org tampal kt board kt katil masing2, like my case, haha. bgn tidur kena tgk kt board shikin, bile nk baring je 'tertengok', rasa serba salah, tp tidur krohh krohh gak, sbb shikin pun dah tido dulu.haha.oh, beserta gamba kereta idaman dy tu. tikah plak awal2 dah ade countdown kt meja dy..
- meng'pyscho' kan diri dgn g lalu bilik2 tgk org tgh khusyuk study.. ter 'reverse psychology' gak bila tgk org tido.hahaha
- ummul suka cek kte semua tgh study ke tak, lps tu buat 'study group' discuss gosip terkini.haha
- waktu si norma(kucing) bunting n beranak, mmg paling kecoh, ramai sgt menyambut kelahiran anak dy, zarith n imah mmg nurse terbaik lah! btw update skit psl norma, satu sem 2x beranak, dgr cerita sem ni pun masih beranak juga?
- ahli banglo lain mcm kaklinda,nadiah,kakruff, sentiasa fokus eh, bagus2!
- bgn tidur xkira pagi, petang,tghhari mahupun mlm, cerita kat org terdekat td mimpi apa..hehe..suka ni =P
- dh nk dekat exam, kedai stationeries kt seksyen 2, kena serbu ng calon2 acca sbb nk beli pen hitam. jgn lupa kawan2 ciri2 pen yg betul, nnt salah takmo nangis2 lg k..hehe=P
- acca students jgn lupa exam attendance docket ye, xnk lah jd spt miss-u-know-who-u-are yg seronok dpt doket awal, disokong plak miss-i've-seen-that-too, tp dh kt exam hall baru sedar last sem punya, hehe, jgn salahkan no kerusi yg salah, ..hehe..kiut2 lah kwn2 saye ni..=P
- discussion sebaik lps keluar exam hall..ish cikgu kite salah spot lah!
- bergumbira lps exam!! yeehaaa
- apa lagi eh?..=P

window view of seroja&menara saas
with the necessities to keep us from starvation
twilight
magic show?
keperluan utk terus berhidup
your love..is my drug
mencipta art dgn fareha?haha



got this around last exam time.
thanks to zana n qila krn hampir menitiskan
air mata aku disakat mereka.haha.lawak la.
this is not the first time
sorry lah korg letak gambar ni, tp sejuk je
rase tgk..
sesi membayar hutang
night market..
kalau dh tension.. ni bkn tgn sy
ni tgn sendiri, mmg obses dgn diri sendiri.=P

BEWARE EVERYONE!
EXAM DH DKT SGT DGN HIDUNG KITA SEMUA
MAAF ZAHIR BATIN
ALL THE BEST!!

Monday, September 6, 2010

goodbye hostel life

dah pack habis semua barang dari hostel.
duduk rumah je sekarang ni.
no,i haven't been kicked out.huhu.
just my choice.
hostel life BEST!
byknye kenangan..
bitter and sweet, but the sweetest is the greatest.
kawan2 best!mesti rindu korang sgt2!!dah rindu dah pun!!
SAYANG KORANG GILE!
rasa sayu bila teringat..
tp kena move on!
sedihnya..
goodbye my bittersweet hostel life, i'll cherish every moments..
I LOVE YOU FOREVER AND EVER AND EVER!!!
hope everything will be fine..
more great moments to come..
i'll never forget and hope you are not too..
InsyaAllah..