Monday, October 31, 2011

kuey teow kungfu haru haru & lambak

& other things that made this post so lenghty. 
& tahniah kepada diri sendiri sebab rajin update blog minggu ni..hoyeah!


rupanya senang je nak buat kuey teow kungfu ni. 
bukan nak cakap terel macam masterchef kan tapi memang betul, rata-rata resipi pun simple je.
sesuai lah untuk standard taste bud macam saya yang suka rasa simple-simple je. 
kita pun kan orang nye pun simple giteww. yeke? hikhik.. 
k, whatever lah ten..


sebenarnya, dah banyak kali buat tapi tang kuey teow + telur tu selalu tak menjadi. 
kali ni buat setelah menemui satu teknik, baru lah ada rupa sikit, bagi kitew lew kan taktau lew orang lain tew cemanew.. hikhikk..


apa lagi, kalau anda berminat, ayuh sama-sama saksikan atau bacakan resipi tenten kali ni.. 


kuey teow kungfu haru haru (translated: day by day - big bang)..
kita ikut & modify satu resipi kat myresipi.com
untuk kuey teow & telur:
1. Pecahkan sebiji telur ke dalam gelas. 
(ok, sebenarnya ada resipi tu cakap dua biji tapi sebab saya tak nak join family papa yokies or humpty dumpty tu, sebiji sudeyy.)
2. Tambah salt & pepper to your taste. 
(tapi kita rasa lebihkan garam pun takpe, sebab kalau macam nak goreng telur dadar tu je macam tak cukup rasa.)
3. Masukkan kuey teow sampai setengah gelas. Kacau - kacau bagi bercampur sikit. 
(jangan risau kalau kuey teow & telur tak sebati dalam gelas, sebab kalau korang pandai, korang tau memang takkan sebati nye, hikhik)
4. Goreng dalam minyak yang agak banyak tapi tidaklah sampai tahap deep fry. Tekan - tekan sikit bagi kuey teow bercantum dengan telur tu. Agak - agak belah bawah tu dah garing, maka dengan itu, paling lah sebelah lagi satu.


untuk kuah:
(yang ni ikut suka hati hang lah, nak letak apa kan, ayam, udang, ketam, etc. tapi kita pakai sayur je sebab kita vegetarian hari tu, blueks, hikhik)
1. Tumis 2-3 cloves garlic, lada hitam, bawang besar.
2. Masukkan air, radish, carrot, cendawan. salt, pepper, etc. 
Brokoli letak last sekali, sebab mak kita kata, nanti luweh .
(maksudnya nanti buruk lah rupanya, dalam bahasa temerloh kot).
3. Dan elemen yang paling penting ialah bancuhan tepung jagung. Kalau suka lagi likat, letak lah lagi banyak.
4. Untuk penambah perasa, letak sos tiram. tapi, oleh kerana my housemate aka my sister just did a sudden major re-organisation to our kitchen, therefore i cannot locate the oyster sauce.
(panjang tak explain?)
Jadi, kita letak sos Worcestershire (copy paste spelling from internet). 
sos Worcestershire ni saya ibaratkan macam ramen seasoning macam dalam family outing tu, (hikhik nak gak selit korea kat sini). sebabnya, sos ni selalu menyelamatkan rasa masakan, tapi mungkin sebab tu jugak lah semua yang kita masak selalunya rasa sama je. hikhik lagik..
jaja's souvenir from korea. sudu panjang yang sangat ku mahukan,
perasan hyori macam dalam FO pulak..hikhik

survival cara orang bujang belia..
kita amatur yang suka bereksperimen, Alhamdulillah, so far eksperimen tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan, harap dapat improve dari semasa ke semasa..hikhik
kan kita cakap kita vegetarian

vegetarian lagi

salad & ikan dory.

lebihan nasik+bahan mentah dalam peti yang sikit lagi nak expired

nasik putih, terung, corak pinggan, alas meja, tudung saji, tetiba
rasa macam dalam suasana kampung yang rumah kayu dapur simen

tengok FO buat sup telur, konon-konon nak cuba jugak,
tapi rasa macam maggi ayam punya kuah, hikhikk..

konon-konon stail omputeh makan croissant atau kerosin.hikhikk

indomee kot.

haritu bajet nak kreatif dan inovatif..
beli wafel 'anyhow, anywhere, anytime'..
betul cakap dia, boleh makan bila ready, toast if desired, cicah air kopi radix, makan dalam kelas time break, makan dalam keta masa tengah drive sebab tak sempat makan dalam kelas tadi sebab lecturer sibuk ngajar. hikhikk
 beli aiskrim wall's sedap berlemak muak ni..
 makan sama-sama..


haritu pergi kedai..
apam rm3 10biji, setiap hari selasa mesti pergi beli kat pasar malam bk5, boleh makan sampai hari jumaat..
 tako tao JJ
 edamame, tapi budak nina jepun tu cakap meda mama, cute giler!
 kalaulah aku jumpa soy bean paste, akan ku buat sendiri miso soup yang sedap nak mamfos nih, pastu beli mangkuk macam ni jugak. over tak?
 salmon belly, tak ingat nama jepang dia. bapak sedak! addicted sungguh lah, guane nih?

haritu masa buat kek..
new discovery, oh, ni bukan sampel ujian ke atas mana-mana mikroorganisma, tapi ni campuran susu+minyak jagung
 another new discovery, lepas campur susu+minyak jagung+air+telur, susah betul nak pecahkan kuning telur ni. memang gitu ke hah?

terima kasih kerana scroll ke bawah & membaca post lambak kali ni. 
till then, tata, annyeong!

Thursday, October 27, 2011

side effect tidur petang

pada suatu hari tadi,
sambil tunggu drama hyori berlakon, 'if in love like them' tengah buffer sebab tengok online,
sambil tu konon-konon kita nak study, 
tengah buat soalan, tiba-tiba hari pun hujan, 
terus terdetik, tidur pun best ni,  
tapi tadi kita baru je minum air kopi radix, 
mungkin psychology disogok pula dengan syaiton nirojim yang bersorak,
terus rasa mengantuk, 
bagai orang mengantuk disorongkan bantal, 
bantal memang kat sebelah je, set alarm dan tidur.


bangun-bangun terus teringat G-Raim. siapa tu? 
G-dragon of bigbang berlakon parody secret garden..hehe.. apesal entah..
pastu pening kepala gila! 
oh lupa nak cakap, tidur petang lepas asar, jadi sekarang mcm biul, ke biol? 
tak tau eja, yang pasti bukan bisul. 
eh best pulak merapu-rapu ni ye, side effect tidur petang kot.. 


oh, soalan yang tengah buat tadi belum habis lagi.. 
kalau kejap lagi hujan lagi, mungkin kah kitaran ni akan berulang lagi? 
tapi tak mungkin kot, sebab dah 2-3 hari malam kat sini ada kebakaran mercun dan bunga api. 


sedikit coretan merapu spontan di hari raya..
ku ingatkan guruh rupanya mercun, 
ku ingatkan bunyi tapak kaki pencuri dup dap rupanya bunyi mercun sayup dari jauh, 
ku ingatkan kucing lompat dari atap terkena pasu, rupanya apa cuba teka? 
bunyi mercun lah!


budak comel ni kalau ketawa memang comel!

Tuesday, October 25, 2011

kpop invasion

into my life..hehe..


gara-gara family outing..
best jugak variety show korea nih..
gelak bersungguh-sungguh sebab ianya kelakar nak mamfos..
seronok tengok bila time deorang masak sebenarnya,hehe..
(sila google)
masa kat hostel dulu dengar kawan-kawan cerita je, tak terasa nak tengok pun.
akhirnya tertengok kat rumah shikin, pastu addicted sampai sekarang, asyik ulang-ulang je..
teringat si zarith sofia lepas habis exam, tak tidur malam marathon tengok ni, sampai pagi tu tertidur duduk atas kerusi depan laptop..hahaa


lepas tu, suka gila lee hyori ni dalam family outing ni


hyolee as a singer..siapa tengok mesti tau lain giler dia kat dalam & luar cerita..hehe


lepas tu suka tengok noona-dongseng relationship, hyori & daesung


lepas tu, daesung kan group big bang
(sambil gaya sengetkan pinggul dan kepala, dua-dua tangan buat mcm pistol, pastu cakap big-bang!)


pastu suka T.O.P!!!!!
dah lah hensem tak hengat, suara macho habis, bila dia senyum, kita pulak tersipu-sipu seorang diri, kelakar pulak tu, haish memang perfect lah. pastu kan kami sebaya! muahhaaa..


sejujurnya, pernah cakap sekali, tak faham kenapa orang suka sangat?
tapi sebenarnya, mereka ada originality, stage presence, charismatic, down-to-earth, etc. 
there's something to learn about the journey they willing to took & their passion to be a performer.. kalau rajin tengok sejarah deorang lah..
lagi satu, suka dengan culture korea, yang sefemes mana pun, mesti respect senior, orang tua,  tanpa mengira status.. bila nampak senior, bow 90degrees.. kan kan orang korea?
sekarang baru faham perasaan suka boy band..
baru faham perasaan fangirling..
baru faham perasaan nampak T.O.P je terjerit aaaaaauw... ter ok bukan sengaja.


thumbdrive pasang dalam keta dah 54% lagu korea. yes. i calculated.
bila kat winamp tak shuffle playlist & stay kat lagu hyori, bigbang, etc.
ringtone handphone top nyanyikan..


but honestly, even though i really did enjoy it, i hope that it won't last for so long because..
having experienced growing up obses with siti nurhaliza, masa remaja dengan twilight, kristen stewart..
terlalu byk mengambil masa senggang yang juga sedia hampir meliputi seluruh masa jaga.
penat whoaa otak.


but, for the time being tetap akan enjoy lah..best kot!!!


big bang - love song (warning di saat ke:10)
i say BIG, you say BANG!!

Thursday, October 20, 2011

PiDi

dah lama tak cerita aktiviti kat sini..
sebabnya kadang- kadang ada tapi jadi draft je tak publish, selalunya malas, most of time rasa mcm it's exciting to me but maybe not to others, lagi pun suka tgk org punya je..hehe


beli groupon rm98 kat www.groupsmore.com membawa kami berenam ke Port Dickson untuk main watersports & go kart..
walaupun beli kamera sebab nak amik gambar, but because of the malasness to take out my camera, i conclude that i prefer to be in the pictures rather than taking the pictures, haha.. hence, i didn't take so much (chewah word hence tuh, tapi macam banyak lah pulak?)
nak upload kat fb lagi lah tak rajin kan, hehe, jadi enjoy lah apa yang ada ni, hehe =P


on the way to PD, bagi shikin drive kat highway since dia baru dpt lesen last year tapi tak pernah bawak. masa kat highway agak meyakinkan lah, tapi bila kat tol dan T-junction, jujur, agak menakutkan. hehe. baru paham perasaan cikgu sekolah memandu. me n qila try to stay calm and confidence but knowing shikin, when she's panic, you panic too! haha maka menjerit lah kami di tol sebab walaupun lorong tu takde keta dia confuse nak pergi kat lorong sebelah yg byk keta jugak, end up berhenti kat tgh2, lupa tukar gear N (saya tukarkan itupun dia tak sedar), bagi duit rm100 utk tol rm9.90, naikkan cermin sampai habis dulu baru nak jalan balik, dan ada lori tunggu kat belakang. hehe. kiut lah awak ni. kita bukan nak malukan awk tau, tapi kita rasa mcm kelakar, terhibur sgt dgn gelagat awk (ayat biasa kami). jangan marah ye gurau-gurau je shikin kalau awak baca ni, saje nak cerita kat laila .hehe

sementara tunggu kereta lagi satu yg bertolak lepas izaty habis kerja, kami survey hotel sebab nak tidur sana,check in hotel seri malaysia dan makan kat ice room, alaa kedai warna hijau tu, yang ada masuk newspaper tu, alaa yang ada serena jalan-jalan cari makan dah pergi tu. hehe.. esok nya pun makan situ lagi, sedap sangat ke? =P








mesti tertanya-tanya kenapa dia asyik kepat sudu je?

kalau nak take away camne eh?




nampak tak tulisan 'cirit or die'?

lagi cerita pasal makan kat PD. jangan lupa PD is in negeri sembilan. N9 masakan dia pedas kan? memang fuh!menyirap,berapi,berasap! bak kata kawan-kawan, "air dan aiskrim je yang tak pedas." "memang ada ladang cili ke apa?" "makan nasi lemak jangan amik sambal"


tapi licin gak



 nanti nak main air kan esok, kena lah beli apa yang patut 
 bay tgh survey pelamplung paling comel macam bay
 bikini mana paling menyerlahkan body curve saya?
pastu struggle meredah orang ramai kat pasar malam tanpa beli apa-apa. dah habis pusing baru sedar apa kita tujuan kita masuk pasar malam tadi? kat shah alam pun ada kan? gelak kejap. haha. sambung jalan.. 


go kart on the shopping mall rooftop. 10laps. adrenaline rush. oleh kerana kita pemandu berhemah di jalanraya. ehem. jadi kat sini kita jadi perasan pemandu f1 kejap. best whoa bawak laju-laju. 1st lap takut-takut kat selekoh, lap seterusnya, jangan brek langsung, itu yang syiok tuh! pastu jerit2 nyanyi2 riang sebab takde orang dengar. lalalalalala elmo song..
sekarang, cita-cita kedua ialah jadi pelumba go-kart.


engineer litar sedang menyiapkan gadis-gadis litar

mmg tak clear gambar, sebab laju sgt ke?

terel lah sempat buat peace lagi




kita suka lah night walk kat pantai. haha. sejuk pasir malam terasa di kaki. tenang je laut waktu malam. nyaman udara pantai malam. ok, tak pandai bersajak. 
btw, baru tau ada orang memancing waktu malam tepi pantai. tapi family lah yang nampak mcm memancing bukan hobi tapi sebab untuk makan lunch esok. lupa pulak nak tanya dapat ke tak ikan? 





muka selok nampak pantai

selok lagi

love tak jadi.haha




big foot

tengah tunggu abang balik dari laut ke
mestilah nak amik gambar lompat tak jadi


selain go kart dalam groupon, of course ada watersports. located belakang corus hotel.
banana boat - best sebab sebelum jatuh tu kita feeling angkat tgn mcm titanic tutup mata pastu kebooosh dlm air..bestbest..
airhead - naik 2org kena tarik laju dgn jetski. adrenaline rush syok. naik dgn fareha memang sampai semua org yg duduk dekat apartment situ keluar ke verandah masing, what happen? oh fareha jerit kuat sangat. best tak hiperbola kita? hehe. 
jetski - tapi org tu bawakkan, kita duduk je, mana syok! tapi best gak lah. nanti nak beli jetski sendiri lah.hoho.
kayak - patutlah dia bagi masa 1jam sebab kayak kteorg naik bertiga tu asyik pusing2 situ je. tapi fareha,shikin,bay berkayak jauh ke tengah laut. siap pusing rumah cantik rm2j atas laut. khabarnya berjaya sebab komander garang eh? kiri-kanan-kiri.hehe. patut kayak kena ada motor jugak, bagi gerak cepat sikit.
tangkap ikan pakai net besar. bekerjasama dgn pelancong taiwan menarik pukat ke tgh laut dan kembali ke darat balik. dapat ikan & sotong kecik2. 

tak amik byk gambar pun. mungkin kat fareha banyak, dia rajin. hehe
kita seronok lah, tgk budak kecik tu..

deorang gelak kat kteorg ke hah?

walaupun seronok memang seronok, tapi adakah badan ini dah tak sekencang remaja dulu? 
migrain mcm gila, kesian qila kena drive balik straight to shah alam. yang lain-lain tidur kat belakang, tinggal dia cakap sorang-sorang.hehe. balik rumah pulak, penat sungguh, tak mampu berkata-kata. main dgn kalicah pun sambil baring je.
tapi kita rasa kan kawan-kawan, kalau faten dah kerja nanti, mesti selalu stress atau lebih tepat lagi, kalau ada groupon,mydeal best lagi, mesti kena pergi lagi tau.
i lap u!