Tuesday, October 25, 2011

kpop invasion

into my life..hehe..


gara-gara family outing..
best jugak variety show korea nih..
gelak bersungguh-sungguh sebab ianya kelakar nak mamfos..
seronok tengok bila time deorang masak sebenarnya,hehe..
(sila google)
masa kat hostel dulu dengar kawan-kawan cerita je, tak terasa nak tengok pun.
akhirnya tertengok kat rumah shikin, pastu addicted sampai sekarang, asyik ulang-ulang je..
teringat si zarith sofia lepas habis exam, tak tidur malam marathon tengok ni, sampai pagi tu tertidur duduk atas kerusi depan laptop..hahaa


lepas tu, suka gila lee hyori ni dalam family outing ni


hyolee as a singer..siapa tengok mesti tau lain giler dia kat dalam & luar cerita..hehe


lepas tu suka tengok noona-dongseng relationship, hyori & daesung


lepas tu, daesung kan group big bang
(sambil gaya sengetkan pinggul dan kepala, dua-dua tangan buat mcm pistol, pastu cakap big-bang!)


pastu suka T.O.P!!!!!
dah lah hensem tak hengat, suara macho habis, bila dia senyum, kita pulak tersipu-sipu seorang diri, kelakar pulak tu, haish memang perfect lah. pastu kan kami sebaya! muahhaaa..


sejujurnya, pernah cakap sekali, tak faham kenapa orang suka sangat?
tapi sebenarnya, mereka ada originality, stage presence, charismatic, down-to-earth, etc. 
there's something to learn about the journey they willing to took & their passion to be a performer.. kalau rajin tengok sejarah deorang lah..
lagi satu, suka dengan culture korea, yang sefemes mana pun, mesti respect senior, orang tua,  tanpa mengira status.. bila nampak senior, bow 90degrees.. kan kan orang korea?
sekarang baru faham perasaan suka boy band..
baru faham perasaan fangirling..
baru faham perasaan nampak T.O.P je terjerit aaaaaauw... ter ok bukan sengaja.


thumbdrive pasang dalam keta dah 54% lagu korea. yes. i calculated.
bila kat winamp tak shuffle playlist & stay kat lagu hyori, bigbang, etc.
ringtone handphone top nyanyikan..


but honestly, even though i really did enjoy it, i hope that it won't last for so long because..
having experienced growing up obses with siti nurhaliza, masa remaja dengan twilight, kristen stewart..
terlalu byk mengambil masa senggang yang juga sedia hampir meliputi seluruh masa jaga.
penat whoaa otak.


but, for the time being tetap akan enjoy lah..best kot!!!


big bang - love song (warning di saat ke:10)
i say BIG, you say BANG!!

Thursday, October 20, 2011

PiDi

dah lama tak cerita aktiviti kat sini..
sebabnya kadang- kadang ada tapi jadi draft je tak publish, selalunya malas, most of time rasa mcm it's exciting to me but maybe not to others, lagi pun suka tgk org punya je..hehe


beli groupon rm98 kat www.groupsmore.com membawa kami berenam ke Port Dickson untuk main watersports & go kart..
walaupun beli kamera sebab nak amik gambar, but because of the malasness to take out my camera, i conclude that i prefer to be in the pictures rather than taking the pictures, haha.. hence, i didn't take so much (chewah word hence tuh, tapi macam banyak lah pulak?)
nak upload kat fb lagi lah tak rajin kan, hehe, jadi enjoy lah apa yang ada ni, hehe =P


on the way to PD, bagi shikin drive kat highway since dia baru dpt lesen last year tapi tak pernah bawak. masa kat highway agak meyakinkan lah, tapi bila kat tol dan T-junction, jujur, agak menakutkan. hehe. baru paham perasaan cikgu sekolah memandu. me n qila try to stay calm and confidence but knowing shikin, when she's panic, you panic too! haha maka menjerit lah kami di tol sebab walaupun lorong tu takde keta dia confuse nak pergi kat lorong sebelah yg byk keta jugak, end up berhenti kat tgh2, lupa tukar gear N (saya tukarkan itupun dia tak sedar), bagi duit rm100 utk tol rm9.90, naikkan cermin sampai habis dulu baru nak jalan balik, dan ada lori tunggu kat belakang. hehe. kiut lah awak ni. kita bukan nak malukan awk tau, tapi kita rasa mcm kelakar, terhibur sgt dgn gelagat awk (ayat biasa kami). jangan marah ye gurau-gurau je shikin kalau awak baca ni, saje nak cerita kat laila .hehe

sementara tunggu kereta lagi satu yg bertolak lepas izaty habis kerja, kami survey hotel sebab nak tidur sana,check in hotel seri malaysia dan makan kat ice room, alaa kedai warna hijau tu, yang ada masuk newspaper tu, alaa yang ada serena jalan-jalan cari makan dah pergi tu. hehe.. esok nya pun makan situ lagi, sedap sangat ke? =P








mesti tertanya-tanya kenapa dia asyik kepat sudu je?

kalau nak take away camne eh?




nampak tak tulisan 'cirit or die'?

lagi cerita pasal makan kat PD. jangan lupa PD is in negeri sembilan. N9 masakan dia pedas kan? memang fuh!menyirap,berapi,berasap! bak kata kawan-kawan, "air dan aiskrim je yang tak pedas." "memang ada ladang cili ke apa?" "makan nasi lemak jangan amik sambal"


tapi licin gak



 nanti nak main air kan esok, kena lah beli apa yang patut 
 bay tgh survey pelamplung paling comel macam bay
 bikini mana paling menyerlahkan body curve saya?
pastu struggle meredah orang ramai kat pasar malam tanpa beli apa-apa. dah habis pusing baru sedar apa kita tujuan kita masuk pasar malam tadi? kat shah alam pun ada kan? gelak kejap. haha. sambung jalan.. 


go kart on the shopping mall rooftop. 10laps. adrenaline rush. oleh kerana kita pemandu berhemah di jalanraya. ehem. jadi kat sini kita jadi perasan pemandu f1 kejap. best whoa bawak laju-laju. 1st lap takut-takut kat selekoh, lap seterusnya, jangan brek langsung, itu yang syiok tuh! pastu jerit2 nyanyi2 riang sebab takde orang dengar. lalalalalala elmo song..
sekarang, cita-cita kedua ialah jadi pelumba go-kart.


engineer litar sedang menyiapkan gadis-gadis litar

mmg tak clear gambar, sebab laju sgt ke?

terel lah sempat buat peace lagi




kita suka lah night walk kat pantai. haha. sejuk pasir malam terasa di kaki. tenang je laut waktu malam. nyaman udara pantai malam. ok, tak pandai bersajak. 
btw, baru tau ada orang memancing waktu malam tepi pantai. tapi family lah yang nampak mcm memancing bukan hobi tapi sebab untuk makan lunch esok. lupa pulak nak tanya dapat ke tak ikan? 





muka selok nampak pantai

selok lagi

love tak jadi.haha




big foot

tengah tunggu abang balik dari laut ke
mestilah nak amik gambar lompat tak jadi


selain go kart dalam groupon, of course ada watersports. located belakang corus hotel.
banana boat - best sebab sebelum jatuh tu kita feeling angkat tgn mcm titanic tutup mata pastu kebooosh dlm air..bestbest..
airhead - naik 2org kena tarik laju dgn jetski. adrenaline rush syok. naik dgn fareha memang sampai semua org yg duduk dekat apartment situ keluar ke verandah masing, what happen? oh fareha jerit kuat sangat. best tak hiperbola kita? hehe. 
jetski - tapi org tu bawakkan, kita duduk je, mana syok! tapi best gak lah. nanti nak beli jetski sendiri lah.hoho.
kayak - patutlah dia bagi masa 1jam sebab kayak kteorg naik bertiga tu asyik pusing2 situ je. tapi fareha,shikin,bay berkayak jauh ke tengah laut. siap pusing rumah cantik rm2j atas laut. khabarnya berjaya sebab komander garang eh? kiri-kanan-kiri.hehe. patut kayak kena ada motor jugak, bagi gerak cepat sikit.
tangkap ikan pakai net besar. bekerjasama dgn pelancong taiwan menarik pukat ke tgh laut dan kembali ke darat balik. dapat ikan & sotong kecik2. 

tak amik byk gambar pun. mungkin kat fareha banyak, dia rajin. hehe
kita seronok lah, tgk budak kecik tu..

deorang gelak kat kteorg ke hah?

walaupun seronok memang seronok, tapi adakah badan ini dah tak sekencang remaja dulu? 
migrain mcm gila, kesian qila kena drive balik straight to shah alam. yang lain-lain tidur kat belakang, tinggal dia cakap sorang-sorang.hehe. balik rumah pulak, penat sungguh, tak mampu berkata-kata. main dgn kalicah pun sambil baring je.
tapi kita rasa kan kawan-kawan, kalau faten dah kerja nanti, mesti selalu stress atau lebih tepat lagi, kalau ada groupon,mydeal best lagi, mesti kena pergi lagi tau.
i lap u!

Saturday, October 1, 2011

tuah ayam nampak di kaki, mungkin ayam lebih bertuah

masa kecik dulu masa duduk kampung kejap kami sekeluarga ada bela ayam kampung dalam reban. seingat saya mak tak menternak secara komersil pun. bila tanya balik mak kata.. awaklah yang nak anak ayam comel tu, bela-bela sampai membiak sereban dah. asyik datang ular, biawak, musang je nak curik ayam. eh yeke mak? pastu mak ikutkan pulak? sayang anak bongsu eh? muahahaa..


topiknya nak cerita bukanlah ayam pun sebenarnya..


my not-so-lucky encounter with electronic stuff. (laptop,modem,headphone tu barang elektronik, kan?) 
bukan sekali tapi berkali-kali..notis: ni bukan nak meraih simpati ye..hehe


masa baru seminggu beli laptop baru. charger rosak. nangis tau yelah sebab tak dapat main the sims3. hukhuk. terpaksa menggagah cari lenovo service centre duduk kat ceruk yang aku tak pernah tau pun ada kat kuantan tu..


masa baru beli P1 wimax sebab nak bawak pegi hostel, tak dapat-dapat connection. siap merajuk dgn operator tu. bajet deorg nak kesian lah. air mata bergenang lalu jatuh ke bumi. call service centre dia kat puchong ni, dia bukak lambat sebab ada bini, anak kecik, etc. like whuttaaa? takpelah, dapat lah tukar modem baru dan online dengan gembira. walau pun kadang-kadang tak gembira sangat sebab connection tak stabil. dah, jangan pakai P1 wimax! haha jgn marah..


baru beli modem wireless router. payah jugak nak connect wireless. tapi pakai kabel boleh. air mata bergenang. why?why?why! call service centre, call tmnet. rupanya line kat atas atap tu problem. repaired. dah boleh. tak sampai sebulan, masalah lagi. tak boleh wireless lagi. call streamyx. bawak pegi kedai beli modem tu kt ioi mall puchong. maybe manufacture fault, org kedai tu suruh bawak pegi service centre dia kat lowyatt, tukar modem baru. harap-harap tiada masalah lagi.
saje nak cerita, laki gemoks comel jaga kaunter dia kan, after settle semua, customer(me) belum blah lagi, terus dia bukak balik cerita kartun yang dia tengok tadi sambil duduk tersandar balik position asal sebelum saya datang.. hahaa


baru beli headphone speaker baru. mic dia tak berapa berfungsi sangat. pergi lah balik kedai dia tukar. pastu dia test dgn yg lain pun memang gitu. macam pelik, apsal jual lagi ha? ha? ha! terpaksa cari headphone mic lain, kena tambah duit lagi sebab harga lain. nasib baik headphone kita ni cute.


apalah nasib dirundung malang? takkan nak mandikan bunga barang-barang elektronik ni kan? eh eh. tapi sebenarnya tak lah sedih sangat nangis meraung-raung ke. rileks lah. bukan masalah besar sangat pun. takde masalah takde solution. chill bebeh. pasti ada hikmahnya. this apply to ALL not just electronic stuff & service centre. 


tapi tambah lagi satu kurang luck bila jadi gini..
new york chicken tergolek. think outside the box.

Thursday, September 8, 2011

lempang sardin

sekali tengok konon-konon macam pizza. tak payah tunggu tengok kali kedua, memang langsung bukan lah. muahahaa.. nak kena lempang ke?
mempersembahkan lempeng sardin!! terbaik wok! chup. bukan nak cakap hebatlah tententen masak. kita bukan nak menunjuk terel tau. kita tak terel pun. belum lagi lah. hikhikk.. 
terbaik maksudnya, siapa akan kata tidak kepada sardin? siapa siapa? walaupun makan waktu pagi, waktu petang tangan masih bau sardin lagi, pun tak kisah. sebab sardin sedap! muahehehee..
orang tunjuk kat blog masakan yang hebat2 kan, kita tunjuk lempeng sardin je. ala, ada jugak apa orang google cara masak sardin.. macam saya, google cara masak lempeng. hehe. 
mak cakap letak kelapa, tapi saya letak oat, konon-konon gaya hidup sihat..pastu tambah kentang bagi variety..pastu gulung2 sebab saja-saja je rasa nak gulung dia.