Sunday, April 24, 2011

mizah's treat at william's has nothing to do with the wedding of prince william


mizah si audiologist
yeay dia dah kerja. yeay dia nak belanja kami makan di william's. 
oh, tidak lah bersempena wedding prince william & kate.
last time it was jaja, kat william's jugak. mcm tradition.
setiap kali kami pergi sini mesti wajib order seafood risotto. zf signature dish. haha

kau takde blog, tak tahu lah kau baca ke tak, tak nak lah mengambil risiko dgn mengutuk kau seperti mizah si mpp,si rigid, bila karaoke dia nyanyi sorang akan kedengaran mcm 'suara orang ramai'.hehe.
tapi aku paling kagum dgn kau ni sebab kau sgt sistematik dan bila explain something especially pasal apa yang kau belajar, ditambah pulak mimik muka serius, hand gestures, dgn super high speed lagi, mmg specific sampai buat aku yang lembs ni ternganga cuba digest! ye lah, korang kan kata aku ade penyakit 15 saat. huhu.
apa pun, aku selalu rasa kau ni sangat unik orang nya!
semoga kau sentiasa berjaya dan bahagia. u know i always wish u all the best in life.
thank you for the treat mizah, i lap u, you are the best! kipas kipas. 
 beberapa menu kami
 mana lah makanan yg byk2 tadi pergi
zf - tq kamera jaja

Wednesday, April 20, 2011

khalisyah alut, cis cicak, haunted house hunting, visiting big momma


Assalamualaikum, hai blog, lama tak jumpa..
kita tak abaikan awak, cuma tunggu seru dan the right mood je, jgn merajuk ye, kalau merajuk awak buat-buat lah hang or incorrect password. kita faham. chup! apa ngarut ni?!



khalisyah dan padang pasir..
khalisyah: yeay alut (laut bahasa pelat)
mama ajah(skrg dah tak mama shue, dia tukar sendiri, cet): bukan lah ni padang pasir, cuba sebut..
khalisyah: (dgn muka tegas tp nada mendatar, menggeleng) bukan, alut.
mama ajah: (aku pulak emo) iye lah! pa-dang pa-sir! 
khalisyah: (dgn muka tegas yg sama) bukan, alut.
mama ajah: ye lah suka hati lah 


cicak durjana cis bedebah kau..
hari tu kan dah lambat nak pergi kelas, kelam kabut keluar rumah.
bukak je langsir kat pintu, ade cicak terkejut melintas dpn kaki, saya pun terkejut terus terpijak dia, eewww!! i know. terasa lembik sejuk di kaki ni sehingga ke hari ini. 
sebab terkejut dia pun memutuskan ekor dia, tinggal lah ekor sahaja bergerak2, dia entah ke mana mungkin memerhatikan dari jauh ekor yg ditinggalkan. dalam pada nak cepat pergi kelas, sempat lagi tgk jap ekor tu gerak2, kagum! tak sempat nak sapu keluar, tinggal kan je, mungkin balik nanti masih bergerak2 lg, super eewww! 
sekutu cicak aka lizards, this is a warning. please stay away from my life, my house, and my family. i am serious. oh, please, please, please.
tak habis lg cerita, kelam kabut nak masuk kereta yang di parking di luar pagar rumah, bila nak tekan kunci, tengok kat tgn ade remote astro. aargh bila masa pulak aku amik ni. lepas tu remote astro pun ikut pergi kelas...


teringat haritu..
sewaktu perjalanan mencari rumah hantu kat area seksyen 2 shah alam. saya dan rakan2 mmg suka house hunting rumah cantik, tp kali ni hunting haunted house. dah pernah tgk dulu tapi tak jumpa pulak kali ni, sebab tak igt mana satu. nasib baik. takut woo walaupun siang. tapi kesian, bila rumah nampak mcm buruk sikit, kena tuduh rumah hantu oleh kami,hehe. 
bila lalu rumah cantik2 pulak mesti berangan,
faten : eh cantiknye rumah ni, nanti rumah faten mcm ni lah sebab tu kena kahwin dgn arkitek.
kawan : wah, nanti hari-hari kteorg datang rumah faten. 
faten: kenapa? rumah korang mcm mana pulak yang asyik nak datang rumah orang je?
wuahahaa..
tetiba teringat jugak, pergi masuk rumah contoh banglo dpn seksyen tu dgn kawan2. berangan, amik gambar, buat2 tanya berapa ringgit ye rumah ni. punya lah takde kerja. oh, rindu masa tu.



visiting big momma
(i dedicate this latest entry after so long, specially for u lela for 'asking' & 'requesting' me to update my blog. saya hargai sokongan dan permintaan peminat setia blog saya yg tak seberapa ni. wuahahaa, gila perasan mcm menang award...)
mcm kelakar plak gambar ni kat belakang tu ade signboard tulis 'awas caution jgn sentuh do not touch' lela mmg geli bila kteorg nak pegang perut dia, shikin pulak nampak lela terus nak terkam perut dia, bunyi mcm ganas pulak. 
mcm mane lah nnt bila nampak baby wmih dia..
oh, tak sabar pulak tgk baby dia nanti..
mcm tak percaya je kwn ku seorang ni dah nak jadi mak, baru2 ni dia jadi nenek kpd anak2 kucing cute dia yang baru lahir..
btw, sape nak tgk aksi hebat perut dia gerak2 boleh pergi blog dia, pada ku yg belum pernah mengandung ni rasa mcm, hebat woo, kagum kejap!

p/s: so happy for you lela, nak gambar please?hehehe..