Monday, May 16, 2011

apa itu pombob,poyoyo,ufinefin,ani..

khalisyah 2 years old's latest memory and vocabulary
how she says some of her favourite cartoon characters, plus the excitement every time she sees them..

pombob n petik

poyoyo

ufinfefin

moih

wopet..apa yg entin, ejaameyh
bo

ani

satu lagi yg kelakar, sebut dgn semangat tapi cemas, 
"nyak nyuk nyet!" - nak tengok monyet!

oh budak kecik, kenapalah kiut sungguh
sampai org2 besar pun ikut sebut mcm awak
tapi org besar sebut tak kiut mcm awak lah, hehe..

Wednesday, May 11, 2011

9 years old - little ballroom dancers, chef, penjual batu seremban

masa saya 9 tahun
masa umur 9 tahun dulu tak ingat pun ada bakat apa. 
masa saya 9 tahun, saya jual batu seremban kat sekolah. mula2 mak jahit dgn kain perca yg dlm dia isi biji kacang hijau, utk main sendiri, bawak kat sekolah ada kawan buat ayat sedih, 
"awak, boleh tak mak awak buatkan kita satu, mak kita tak pandai jahit". 
lepas mcm ramai mintak homemade batu seremban mak yg femes ni, mak pun bagi idea, apa kata awak jual? yg kecik 50sen besar rm1. 
sekolah pulak sekolah perempuan je. mestilah jualan laris. 
sampai kan masa cikgu tgh mengajar dlm bilik darjah pun, ada budak kelas sebelah buat sign language & gerak mulut mintak order. 
cis betul ganggu konsentrasi. berkat usahawanita muda, byk jugak la hasil. modal dan skill sepenuhnya oleh mak. tapi untung 100 peratus for me. haha. 
sebenarnya mak nak ajar berjimat sikit sebab dulu saya kanak2 boros, duit belanja selalu habis, sape suruh letak kedai buku sebelah je dgn kelas kankan? 
sebab hampir satu row darjah 3 main batu seremban kat luar kelas, dah mcm pertandingan pulak. cikgu tak marah sebab mestilah comel dan sopan. 
masa tu budak kecik tak pandai marketing jual kat kelas sebelah menyebelah je, so bila semua kot dah beli, bisnes pun stop lah agaknya.


saya hiburkan diri sendiri dgn gambar old skool yg diupload ex-schoolmate kat fb, kalau kwn tu tak tag, aku tak tau pun aku ada dlm gambar ni, huhu. feeewitt skirting pink ok, girls school kan.
mgps-monyet gigi patah satu.
--class 6 exquisite with puan rosniza--

budak - budak 9 tahun sekarang
NINE years old & TEN years old are amazing young ballroom dancers, they won the 'Live To Dance' competition, FIRST place and USD500000 
btw, mereka berdua ni 'bercinta' haish kecik2 amboi..
D'Angelo & Amanda

A NINE years old girl can cook like a real chef
forget pancakes, introducing Siena from Junior Masterchef Australia
she's the youngest among the 9-12years old cooking competition, and she made it to the top 4.
Pheasant a la Orange with Pistachio and Cranberry Filling (dish that brings her to the top 4)

some of the dish those kids made,
 Pierre’s Lamb Wellington with Spinach and Mushroom Duxcell
Seafood Consomme with Tea Crusted Flathead, Poached Scampi and Vongole
Spring Bay Mussel Spanakopita with Chickpea Vinaigrette

for more "aa?oh?cannot be?shouldn't they be at school?those cute innocent face kids made this?" you can check out the pictures and recipes at the website
cute sangat rancangan ni, bukan sebab kanak-kanak comel ni je, tapi sebab semua nya sangat matang dari usia, serius yang comel masa tengah bertanding masak. it's a very healthy competition, they always cheer up for each other, tak gaduh2, bagus mengajar mereka semangat, cekal, tak give up, sgt confident, teamwork, pandai bercakap, dan mcm2 lagi lah. we can definitely learn a lot from them and the show. gila rasa inspired okay!

tiba2 tgk recipe kat web masterchef ada one of the masterchef contestant masak petai with sambal and fish custard


nanti anak saya nak suruh buat apa eh? kehebatan menunggang kuda, tapi bukan sebarang kuda, tapi kuda laut, hahaha, amik kau, kalau tak masuk muka depan kosmo! jugak tak tahu lah..

Friday, May 6, 2011

Anda Semakin Matang Bila... | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.