Wednesday, March 14, 2012

teruja dengan aizat gegar nz

dah lama tak update. baru ada twitter terlupa nak bukak fb, belog apatah lagi. tak reti lah banyak social networking ni. hikhikhik..
tak tau nak update pasal apa. tak kreatif pun satu hal. 
bila kat luar macam-macam idea dalam kepala. 
bila bukak compose new post, terus lupa.
whatevaaa..haha


baru lepas habis tgk 4 episodes Aizat Gegar NZ kat tonton.com.my sebab baru tau kewujudannya. 
memang minat aizat, and the show sounds interesting because of the bungee jump, skydive, camper van, and it's a family road trip seramai 27 orang and the teaser trailer menarik wa cakap lu. tetiba english. whatevaa lagi. haha.



the trip toksah cerita lah tahap best nya. sila tengok sendiri untuk kepastian sebab memang menjanjikan kepuasan sebagai penonton. tengok teaser je dulu kat youtube kalau malas tengok semua lah kan. selain cakap best, mesti ada terdetik unsur-unsur jealousy. 
tetapi cepat ucapkan, 
"astaghfirullah, takmo hitam hati, dan cakap, insyaAllah, ada rezeki dan izin Allah swt dapat aku merasa juga nanti." 
mutiara kata sikit. jangan cakap whatevaa eh..


the best thing that i love is the strong family values and the strong bond between all of them.
gila-gila, sekepala, sepakat dan membawa berkat. hehe. 
tapi adakah depan camera saja ke? (except thekardakesianfamily-whichis-ofcourse-scripted tu. hehe.) 
i believe, when it comes to family it's something that you cannot fake. it's totally natural. isn't it? sebab biasanya dengan family lah betul-betul boleh tunjuk semua true color especially busuk perangai, because friends sometimes stay away, but family stays all the time, not just because they have to, but because barney's song says, iloveyou youloveme wearehappyfamily lalalala. dan bukankah bila enjoy cari kawan, bila sakit nak masuk hospital contohnya, cari mak ayah? hehe. takde kena mengena dengan sesapo, haritu tengok tv. 


back to the show, it's something that malaysian tv is lacking right now. sudah-sudah lah cerita hantu dan cerita macam mana nak menjadi artis sebab artis tu cool. enough! 
ceh. garang padahal takut jugak nanti kena block.


Jason Mraz - I Won't Give Up
I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake

Monday, January 16, 2012

kakak kalicah



(konon - konon khalisyah yang tulis post ni)
hai nama saya aaira khalisyah atau nama manja kakak kalicah
tahun ni kita nak masuk 3 tahun, tapi kita baru pandai tunjuk dua atau peace, sebab adik kita ada dua.


kita kecik lagi tapi ramai orang kata kita cakap macam orang tua. eh yeke? kita tak perasan lah.


hari tu ada makcik bagi kita roti, kita cakap lah, 
"time kaceh. Alhamdulillah, rezeki.."


hari tu kita terjatuh tersampuk handbag mommy lili. kita pergi lah cakap kat dia, 
"memi lili ni tak letak bag tu elok-elok!"


memi lili pun baik, belikan kita belon enggi bird (angry bird) dengan pombob(spongebob). masa kita nak tukar pampers jap, kita pesan kat nenek kita, "Wan, tolong tengokkan belon kakak jap"


bila semua orang dah siap pakai tudung nak keluar jalan - jalan, kakak pun kelam kabut lah jugak nak cari tudung kakak sambil berkata, 
"mana tudung kakak ni? Ya Allah, kakak ni tak pakai tudung lagi!"


masa mamajah nak basuh weewee kakat kat toilet, kakak pun cakap lah kat dia, 
"baik - baik ye baju ni, nanti bacah." 
pastu mamajah gelak pulak? tapi kakak serius lah.


kita excited gila masa kita baru tahu nama mamajah sama dengan ikan patin, esok tu kita bangun pagi kita cakap kat mama kita, 
"kakak nak tukar nama lah, nak tukar nama Faten Kalicah?"


kita selalu kenakan mama ajah.hehe. hari tu mama ajah jaga kakak dari pagi sampai petang sebab mama ada kelas. dia mandikan, tukarkan pampers, buat susu, suap makan, teman kita main-main. tapi bila mama balik, mama tengok kita kena gigit nyamuk, kita cakap, 
"mama ajah tu tak jaga kakak, dia makan je."


masa kita dengan mama ajah je kami besfren. tapi bila ada orang lain, terus kita tuduh mama ajah bukan-bukan. fevret word kita sekarang ialah 'membazir' walaupun kita tak tau pun apa maksudnya, walaupun dia tengah buat muka kat kakak ataupun hanya tengah makan nasik,  "Wan, tengok mama ajah ni, dia membazir!".

mama kata, lepas dia makan, lepas makanan dalam perut mama turun, kita mandi. bila abah ajak kita mandi lepas kita makan, kita cakap lah balik, 
"tunggu nacik dalam peyut kakak tuyun tuyun tuyun dulu.."

pagi-pagi wan & aki selalu call kakak. bila kakak tanya wan, 
"mana mama ajah? ish ish ish mama ajah ni, asyik tidur je!" 
rupa-rupanya dia dengar, dia cakap, hai kalicah?! 
kita nak cover malu, kita pun cakap, 
"eh, mama ajah bayu banyun ke?(baru bangun ke?)"


bila orang lain suruh kejut mama ajah tidur, suruh kita cakap, mama ajah bangun.. kadang-kadang kita tambah, 
"banyun! eee geyam lah aku, cubit kang! (bangun, eee geram lah aku)"


hai budak kecik, walaupun kadangkala bila kau mengamuk ianya sungguh mengjengkelkan, tapi kau juga lah penawar duka lara..

Friday, December 16, 2011

aku rasa aku gila

can i just pretend as if the past never happen?
the present, what exactly am i doing right now? 
i see nothing but a blurry future

the same spot that not letting me go
the same path that force me to stay
u have no choice, but what exactly u want to do?
what's the point of the second line, if the first has been said?

didn't mean to neglect everything and everyone around me
sometimes you feel like no one cares
feels like you should not reaching out for help
it's best to be alone than to bother others
abandoning yourself in hoping that everything will be better, eventually..

how to be motivated, determined, driven by something
if all you've been feeling is nothing?

chup! but dont worry, i'm fine, i'm not going to do anything crazy, 

not to that extent.
ingat Tuhan, ujian dari-Nya, pasti ada hikmah dari Allah swt.

sendiri cuak baca coretan emo buat julung-julung kali ni,
maaflah kalau sesiapa terbaca pun cuak,
tapi kalau tak rasa apa-apa, maksudnya memang tak berbakat lah nak bersajak, hoho

but wouldn't it be unfair to just talk about happy good stuff, right?
'org gila tak ngaku gila' but if someone says 'aku rasa aku gila',
that would be even more worrying right?

exam is over, life is not..
sebenarnya biasa lah orang kalau nak final exam haritu kan..
dipendekkan cerita, entah mengapa, one second bersemangat gila, the next second terus hilang semangat, bukan macam lemah semangat nampak makhluk halus tu, but seriously, tak ada feeling langsung.
nothing, tiada, zero, jilo, yilek, nada! 

bila call mak, dengar suara bonda tercinta, terus air mata mengalir, suara tersekat-sekat, padahal tak plan pun nak nangis. maaf mak kalau buat mak risau.
lalu, emak menyuruh minum dan basuh muka dengan air zam zam, tenang lah sikit. hampir tak ke exam, tapi memang separa give up lah. bila habis exam mak call, "ha, cemana?" 
kita jawab, "ajah LLB(looks like busy) je tadi." 
to be honest, memang pun, sebab tengok soalan macam tak pernah belajar je, soalan yang dah pernah buat pun jadi blank, cannot think! memang welcome to blank & blur zone!
dah boleh predict, tapi aaaarghhh tak sukaaa, tak penat belajar, tapi penat nak exam!
kena tingkatkan berlipat ganda usaha dan doa!

chup, mungkin apa kita cerita ni akan dipandang negatif, tapi, 
if sometime in the future, doesn't matter in the near or not so near, after i finally passed ALL my ACCA papers, and then i look back, read this, i can say, "fuh, habis jugak belajar akhirnya kau, azzahra!"

Friday, November 11, 2011

sebelasebelasebelas 11-11-11

is just a date. 
so what? yesterday is 10th, tomorrow is 12th. move on. heh heh.
i am thankful to Allah swt for giving me another day in this world..

tapi kawan kita nama dia fatimah diyana aka Tim sejak beberapa tahun lepas selalu kata dia nak kahwin 11.11.11
tapi sebab dia tak kahwin pun hari ni maka tak de lah spesel mana. heh heh..

tapi rupa-rupanya dengan semua orang kot dia cakap macam tu, sebab kat wall dia ramai ucap 'tahniah'
sekali betul kan, kuang ajor lah tak jemput aku eh?! 

(kalau kau baca ni)
rindu lah kau tim dan zaman hostel. 

di awal zaman hostel ku yang agak tegang dengan diri sendiri kerana mungkin anak muda mentah ini masih mencari identiti sendiri. chewah. konon-konon sebak.
bila mula-mula sebilik dengan kau dan zana dan yang lain, banyak membuat aku gembira, bergelak ketawa berdekah-dekah, main-main bising-bising, tak takut kakak senior or RS marah.. 
mungkin kau tak ingat tapi aku ingat kau pernah ketawa sampai air liur meleleh sampai ke paha, kau tetap memilih teruskan ketawa dan bukan menyapu air liur jernih itu, sebab logik lah, takkan kami pulak nak sapukan kan? hikhikk
kau suka main-main mencarut sampai kena halau keluar bilik dengan qorn. lepas tu kau masuk bilik semula, "eh qorn, ni bukan bilik aku ke, ko datang study sini je kan?" hahaha
dan banyak lagi lah aku ingat nanti aku tulis lagi eh, kalau rajin lah.

apesal tetiba mengimbas memori dan buat ayat novel melayu ni eh?
macam last semester time-time genting macam ni, menjelang peperiksaan ni, mula lah datang emosi macam ni. 



tak kisah lah kalau keluar topik pun, tapi tadi kan kita tengok running man kat astro one.
kelakar nak mamfos lah awak!! kita memang recommend lah kat sesape yang tengah stress ataupun tengah happy. 

kelakar yang kreatif. sendiri tengok lah baru faham.
dah lama tak gelak macam ni bila tengok cerita. 
maksudnya memang bergelak bersungguh-sungguh sepanjang cerita tu. 
dulu gelak gila-gila tengok spontan dengan kawan-kawan kat hostel. 
pendapat kita mungkin bukan lah pendapat orang penting dalam industri seni, sebab kita belajar akaun kot. heh heh.
hurm, tapi boleh tak kalau nak comment sikit, selebriti malaysia silalah sentiasa humble & down to earth sama ada bila ada kamera atau tak. baru lah 'keikhlasan' yang ditunjuk tu nampak natural dan bukan hipokrit atau terpaksa. 
tak semestinya bila masuk magazine, tv, or blog gosip dah jadi 'up' level dari orang bukan selebriti. 
tak kisah lah berlawak, berlakon, mengacara or menyanyi ke. 
kita bukan lah tak sokong buatan Malaysia, dan janganlah asyik salahkan peminat Malaysia pulak tak sokong, tapi kalau ada yang lebih bagus dan lebih menggembirakan, tak salah kan yang itu mendapat perhatian kita. 


apesal tetiba concern pulak dengan industri seni tanah air ni?
entah lah saya pun tak faham.
faten! back to books. ada nombor yang lagi penting menanti. 


Ya Allah, lindungilah aku, terangilah hati ini menerima ilmu-Mu, berilah kekuatan menghadapi paper '247' ini. Amin.

Monday, October 31, 2011

kuey teow kungfu haru haru & lambak

& other things that made this post so lenghty. 
& tahniah kepada diri sendiri sebab rajin update blog minggu ni..hoyeah!


rupanya senang je nak buat kuey teow kungfu ni. 
bukan nak cakap terel macam masterchef kan tapi memang betul, rata-rata resipi pun simple je.
sesuai lah untuk standard taste bud macam saya yang suka rasa simple-simple je. 
kita pun kan orang nye pun simple giteww. yeke? hikhik.. 
k, whatever lah ten..


sebenarnya, dah banyak kali buat tapi tang kuey teow + telur tu selalu tak menjadi. 
kali ni buat setelah menemui satu teknik, baru lah ada rupa sikit, bagi kitew lew kan taktau lew orang lain tew cemanew.. hikhikk..


apa lagi, kalau anda berminat, ayuh sama-sama saksikan atau bacakan resipi tenten kali ni.. 


kuey teow kungfu haru haru (translated: day by day - big bang)..
kita ikut & modify satu resipi kat myresipi.com
untuk kuey teow & telur:
1. Pecahkan sebiji telur ke dalam gelas. 
(ok, sebenarnya ada resipi tu cakap dua biji tapi sebab saya tak nak join family papa yokies or humpty dumpty tu, sebiji sudeyy.)
2. Tambah salt & pepper to your taste. 
(tapi kita rasa lebihkan garam pun takpe, sebab kalau macam nak goreng telur dadar tu je macam tak cukup rasa.)
3. Masukkan kuey teow sampai setengah gelas. Kacau - kacau bagi bercampur sikit. 
(jangan risau kalau kuey teow & telur tak sebati dalam gelas, sebab kalau korang pandai, korang tau memang takkan sebati nye, hikhik)
4. Goreng dalam minyak yang agak banyak tapi tidaklah sampai tahap deep fry. Tekan - tekan sikit bagi kuey teow bercantum dengan telur tu. Agak - agak belah bawah tu dah garing, maka dengan itu, paling lah sebelah lagi satu.


untuk kuah:
(yang ni ikut suka hati hang lah, nak letak apa kan, ayam, udang, ketam, etc. tapi kita pakai sayur je sebab kita vegetarian hari tu, blueks, hikhik)
1. Tumis 2-3 cloves garlic, lada hitam, bawang besar.
2. Masukkan air, radish, carrot, cendawan. salt, pepper, etc. 
Brokoli letak last sekali, sebab mak kita kata, nanti luweh .
(maksudnya nanti buruk lah rupanya, dalam bahasa temerloh kot).
3. Dan elemen yang paling penting ialah bancuhan tepung jagung. Kalau suka lagi likat, letak lah lagi banyak.
4. Untuk penambah perasa, letak sos tiram. tapi, oleh kerana my housemate aka my sister just did a sudden major re-organisation to our kitchen, therefore i cannot locate the oyster sauce.
(panjang tak explain?)
Jadi, kita letak sos Worcestershire (copy paste spelling from internet). 
sos Worcestershire ni saya ibaratkan macam ramen seasoning macam dalam family outing tu, (hikhik nak gak selit korea kat sini). sebabnya, sos ni selalu menyelamatkan rasa masakan, tapi mungkin sebab tu jugak lah semua yang kita masak selalunya rasa sama je. hikhik lagik..
jaja's souvenir from korea. sudu panjang yang sangat ku mahukan,
perasan hyori macam dalam FO pulak..hikhik

survival cara orang bujang belia..
kita amatur yang suka bereksperimen, Alhamdulillah, so far eksperimen tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan, harap dapat improve dari semasa ke semasa..hikhik
kan kita cakap kita vegetarian

vegetarian lagi

salad & ikan dory.

lebihan nasik+bahan mentah dalam peti yang sikit lagi nak expired

nasik putih, terung, corak pinggan, alas meja, tudung saji, tetiba
rasa macam dalam suasana kampung yang rumah kayu dapur simen

tengok FO buat sup telur, konon-konon nak cuba jugak,
tapi rasa macam maggi ayam punya kuah, hikhikk..

konon-konon stail omputeh makan croissant atau kerosin.hikhikk

indomee kot.

haritu bajet nak kreatif dan inovatif..
beli wafel 'anyhow, anywhere, anytime'..
betul cakap dia, boleh makan bila ready, toast if desired, cicah air kopi radix, makan dalam kelas time break, makan dalam keta masa tengah drive sebab tak sempat makan dalam kelas tadi sebab lecturer sibuk ngajar. hikhikk
 beli aiskrim wall's sedap berlemak muak ni..
 makan sama-sama..


haritu pergi kedai..
apam rm3 10biji, setiap hari selasa mesti pergi beli kat pasar malam bk5, boleh makan sampai hari jumaat..
 tako tao JJ
 edamame, tapi budak nina jepun tu cakap meda mama, cute giler!
 kalaulah aku jumpa soy bean paste, akan ku buat sendiri miso soup yang sedap nak mamfos nih, pastu beli mangkuk macam ni jugak. over tak?
 salmon belly, tak ingat nama jepang dia. bapak sedak! addicted sungguh lah, guane nih?

haritu masa buat kek..
new discovery, oh, ni bukan sampel ujian ke atas mana-mana mikroorganisma, tapi ni campuran susu+minyak jagung
 another new discovery, lepas campur susu+minyak jagung+air+telur, susah betul nak pecahkan kuning telur ni. memang gitu ke hah?

terima kasih kerana scroll ke bawah & membaca post lambak kali ni. 
till then, tata, annyeong!